Belanjawan 2025: KBS harap tambahan bajet
Belanjawan 2025: KBS harap tambahan bajet
Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap ada tambahan bajet khususnya bagi Program Podium, atlet para serta Road To Gold (RTG) pada Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 18 Oktober ini.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, tambahan bajet yang diharapkan itu adalah bagi meningkatkan lagi keupayaan KBS membantu atlet negara daripada pelbagai peringkat.
“Kita telah dijemput untuk memberikan maklum balas kepada Kementerian Kewangan dan hasrat kita adalah bajet untuk Program Podium boleh bertambah kerana kita nak pastikan cukup duit menghantar atlet untuk bagi pendedahan di luar negara.
“Harap cukup duit untuk atlet pelapis. Selalunya atlet pelapis berlatih tetapi mereka tak dapat ikut (seperti atlet) Program Podium keluar negara ataupun untuk pendedahan.
“Jadi bila saya pergi dan dengar maklum balas, ramai daripada mereka rasa gementar, takut tak pernah pergi bertanding dalam platform seperti itu. Jadi (masalah) ini yang kita nak kurangkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu
- Tahun Melawat Uzbekistan 2024
- Parti Bersatu akan alami “self destruction” jika Muhyiddin tidak undur.
Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM
“Saya juga berhasrat atlet para mempunyai bajet yang lebih besar supaya kita boleh buat kem bakat untuk cari (atlet berbakat).
“Akhir sekali saya harap bajet untuk Road to Gold akan kekal kerana RTG adalah dua kitaran. Satu untuk (Sukan Olimpik) Paris dan satu lagi untuk LA 2028 (Los Angeles 2028).
Beliau berkata demikian hari ini selepas menyaksikan sesi latihan pasukan hoki veteran negara yang akan beraksi di Piala Dunia Hoki Master 2024.
Pada Piala Dunia tahun ini, pasukan Malaysia bagi kategori 40-an dan 60-an akan bermain di Cape Town, Afrika Selatan dari 12 hingga 21 Oktober manakala kategori yang lain akan beraksi di Auckland, New Zealand.
Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan RM72 juta bagi memperkukuhkan ekosistem atlet yang berada di bawah Program Podium.
Malah, RM20 juta daripada peruntukan yang disediakan itu akan dibelanjakan khusus kepada inisiatif RTG dalam usaha merealisasikan impian menggenggam emas pertama negara di Olimpik Paris.
Belanjawan 2025: KBS harap tambahan bajet
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banjir Selangor: Pertelingkahan Pemimpin Tidak Akan Menyurutkan Air
- Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH
- 30 Oktober, hari penuh debaran bagi penyokong Najib.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.