Mbappe dikritik tak beraksi lawan Israel

Mbappe dikritik tak beraksi lawan Israel

Mbappe dikritik tak beraksi lawan Israel
KYLIAN Mbappe. FOTO REUTERS

Paris: Kapten Perancis, Kylian Mbappe berdepan kritikan di negaranya kerana tidak menyertai perlawanan Liga Negara-Negara menentang Israel dan Belgium, sebaliknya beraksi bersama Real Madrid.

Penyerang sensasi itu mengalami kecederaan otot bulan lalu tetapi kembali beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, tidak menyenaraikan Mbappe dalam skuad yang diumumkan Khamis lalu dengan alasan bahawa pemain berusia 25 tahun itu kurang persiapan kerana tidak kerap beraksi.



Mbappe beraksi pada perlawanan La Liga Real menentang Villarreal, semalam.

“Sama ada anda cedera, dan anda tidak bermain dengan kelab anda serta tidak dipanggil ke pasukan kebangsaan,” kata bekas pemain antarabangsa Perancis, Maxime Bossis, kepada akhbar sukan Perancis, L’Equipe, hari ini.

“Tetapi apabila anda masuk sebagai pemain gantian dalam Liga Juara-Juara dan beraksi di saingan liga, ia menimbulkan kekeliruan. Dia pemain istimewa,” katanya lagi.

Situasi Mbappe lebih rumit kerana bekas pemain Paris St Germain (PSG) itu kini adalah kapten pasukan kebangsaan selepas diberikan lilitan kapten menggantikan Antoine Griezmann, yang mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa minggu lalu.



Komitmen Griezmann terhadap Les Bleus tidak pernah diragui kerana penyerang Atletico Madrid itu telah bermain dalam 84 perlawanan berturut-turut untuk negaranya antara 2017 sehingga 2024.

“Sebagai kapten, (Mbappe) mesti menjadi contoh untuk penyokong, dan dia tidak melakukannya,” kata Fabien Bonnet, jurucakap kumpulan penyokong utama Perancis, Irresistibles Français, kepada L’Equipe.

Perancis, yang berada di tempat kedua dalam Kumpulan A, akan bertemu Jumaat ini di Budapest dan berdepan Belgium, 15 Oktober ini.

Mbappe dikritik tak beraksi lawan Israel

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker