Legenda bola sepak Belanda meninggal dunia
Legenda bola sepak Belanda meninggal dunia
The Hague: Johan Neeskens, anggota skuad Ajax dan Belanda yang mencipta ‘total football’ pada 1970-an dan juga rakan sepasukan kepada Johan Cruyff meninggal dunia pada usia 73 tahun, menurut Persekutuan Bolasepak Belanda (KNVB) hari ini.
“Dengan Johan Neeskens, bola sepak Belanda dan antarabangsa kehilangan legenda,” kata jurucakap KNVB dalam satu kenyataan dan menambah bekas pemain tengah itu meninggal dunia akibat penyakit yang belum dikenal pasti.
Neeskens anggota skuad Ajax yang menjuarai Piala Eropah tiga kali berturut-turut pada awal 1970-an dan turut menjadi anggota pasukan Belanda ‘Clockwork Oranje’ yang mara ke final Piala Dunia 1974 dan 1978.
Dia mempunyai 49 kap bersama Belanda. Selepas bersara dia terbabit dengan program kejurulatihan di serata dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu
- Tahun Melawat Uzbekistan 2024
- Parti Bersatu akan alami “self destruction” jika Muhyiddin tidak undur.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM
You must be logged in to post a comment.