Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil

Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil

Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil

 

Pemangku Sultan Johor menegaskan negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah.

Ia sebagai respon kepada program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, kelmarin.



Malah baginda Tunku Mahkota Ismail mengesahkan tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terbabit.

“Tindakan sudah diambil dan pelakunya sudah ditahan.”

“Tiada toleransi di Johor,” titah baginda melalui aplikasi X HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Sebelum itu, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz juga telah mengeluarkan kenyataan yang senada bagi pihak kerajaan negeri Johor.



Beliau juga menegaskan, program tersebut bukan anjuran kerajaan negeri.

Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran kepada mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di negeri ini.”

“Setelah berhubung dengan pihak polis dan penganjur, objektif penganjuran acara berkenaan bukanlah seperti dinyatakan.”

“Kejadian berlaku itu di luar kawalan pihak penganjur.”



“Kerajaan negeri memandang serius isu ini dan sudah meminta siasatan lanjut dijalankan pihak PDRM.”

“Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas.”

“Tidak akan berkompromi dengan pihak yang menganjurkan acara mencetuskan isu yang menggugat keharmonian dan kedaulatan Islam.”

“Serta menjatuhkan imej Johor secara keseluruhan.”



“Pada masa sama, kita berharap isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan dan mengancam keharmonian negeri serta kesucian agama Islam,” tegas beliau.

Dalam satu kenyataan atas isu yang sama, Majlis Perbandaran Pengerang menjelaskan acara tersebut dibuat tanpa pengetahuan mereka.

“Sebarang kesalahan undang-undang termasuk menganjurkan aktiviti yang tiada permit akan diambil tindakan penguatkuasaan oleh MPP.”

“Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil berkuatkuasa yang digunapakai.”



“MPP juga tidak akan memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di kawasan pentadbiran MPP.”

“Sebarang penganjuran program perlulah membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran serta kelulusan terlebih.”

“Ia bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” menurut kenyataan itu.

 



Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

MYKMU.NET

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker