Hatton cipta rekod kejuaraan ketiga

Hatton cipta rekod kejuaraan ketiga

Hatton cipta rekod kejuaraan ketiga
HATTON rangkul kemenangan kali ketiga di Kejuaraan Alfred Dunhill Links, semalam. FOTO AFP

London: Tyrrell Hatton mencipta rekod memenangi gelaran Kejuaraan Alfred Dunhill Links buat kali ketiga di St Andrews, semalam.

Hatton yang menyamai rekod di Old Course dengan 61 pukulan pada Sabtu, melakukan birdie di lubang ke-18 untuk merekodkan 70 pukulan 24 bawah par dengan hanya satu pukulan mengatasi pemain Belgium, Nicolas Colsaerts.

Pemain Inggeris itu yang menyertai jelajah LIV Golf, awal tahun ini, turut menamatkan saingan di tempat kedua acara pro-am apabila bergandingan dengan bapanya.

“Ini kali pertama saya memenangi kejohanan bersama bapa saya di sini, jadi ia sangat bermakna,” kata Hatton.

“Melakukan perkara ini di ‘rumah’ sukan golf, sudah pasti sangat istimewa. Sejujurnya, saya cuba tahan daripada menangis. Saya hilang kata-kata.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.


Melakukan birdie di lubang kedua, kelima, ke-10 dan ke-11, Hatton mendahului dengan selesa ketika berbaki enam lubang, tetapi pemain Piala Ryder itu kemudian melakukan double bogey di lubang ke-13 serta satu lagi kesilapan di lubang berikutnya.

Tetapi, birdie di lubang terakhir mengesahkan kemenangan miliknya selepas Colsaerts gagal menyempurnakan peluang terbuka mencatat 24 bawah par pada lubang ke-18.

Tommy Fleetwood menduduki tempat ketiga dengan 21 bawah par.

Hatton cipta rekod kejuaraan ketiga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker