Wanita pembunuh bersiri bunuh 3 mangsa dalam 3 hari

Wanita pembunuh bersiri bunuh 3 mangsa dalam 3 hari

Wanita pembunuh bersiri bunuh 3 mangsa dalam 3 hari
SABRINA Kauldhar. FOTO Polis Niagara Falls

Ottawa: Seorang wanita yang disifatkan polis sebagai pembunuh bersiri ditangkap dan didakwa pada 4 Oktober lalu atas tiga pembunuhan minggu ini di Toronto, Niagara Falls dan sebuah lagi bandar lain di Kanada.

Serangan mengerikan itu berlaku selama tiga hari dari 1 Oktober hingga 3 Oktober lalu.

“Dia seorang pembunuh bersiri,” kata Ketua Polis Niagara, Bill Fordy kepada media apabila ditanya sama ada label itu sesuai diberikan kepada suspek.

Sabrina Kauldhar, 30, ditahan di sebuah hotel pinggir bandar Toronto, selepas polis mengaitkannya dengan pembunuhan berkenaan

Polis percaya suspek adalah sepadan dengan maklumat dalam setiap kes.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah


Wanita itu menghadapi tuduhan membunuh seorang wanita berusia 60 tahun di rumahnya di Toronto.

Suspek turut membunuh seorang lelaki berusia 47 tahun di taman Air Terjun Niagara dan seorang lelaki berusia 77 tahun di tempat letak kereta Hamilton, Ontario.

Fordy berkata, suspek dipercayai menyasarkan mangsanya secara rawak di Hamilton dan Niagara Falls.

Penyiasat memberitahu AFP mangsa pertama di Toronto ditemukan dengan keadaan mayatnya mempunyai kesan ‘trauma yang boleh dilihat’.

Polis menemukan dengan mangsa kedua di Niagara Falls selepas menjawab panggilan kecemasan mengenai kes berkenaan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia di taman Air Terjun Niagara.

Mangsa terakhir yang juga seorang pesara guru sekolah diikuti oleh suspek ke kenderaannya di tempat letak kereta di Hamilton.

“Mangsa ini mengalami kecederaan ketara yang konsisten dengan kesan tikaman dan dia kemudian meninggal dunia di hospital,” kata polis dalam satu kenyataan.

Wanita pembunuh bersiri bunuh 3 mangsa dalam 3 hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker