Tragedi jatuh Gunung Machinchang: Kebajikan mangsa, keluarga diberi perhatian
Tragedi jatuh Gunung Machinchang: Kebajikan mangsa, keluarga diberi perhatian

LANGKAWI: Langkawi Skywalk Sdn Bhd (Langkawi Skywalk) akan memastikan kebajikan mangsa dan keluarga juruteknik yang maut terjatuh sewaktu melakukan kerja penyelenggaran Eagle’s Nest Skywalk (ENS) di lereng Gunung Machinchang di sini, Khamis lalu, diberi perhatian sewajarnya.
Langkawi Skywalk adalah pemilik produk pelancongan, ENS, tempat mangsa, Allahyarham Khairul Nizam Jaafar, 41, bekerja.
@bharianmy Tragedi jatuh Gunung Machinchang: Kebajikan mangsa, keluarga diberi perhatian beritaditiktok
Langkawi Skywalk dalam kenyataan, berkata Khairul Nizam bekerja sebagai juruteknik elektrik di syarikat itu.
“Untuk makluman, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sudah datang dan melakukan penyiasatan terhadap kejadian terbabit.
“Pihak kami memberikan kerjasama menyeluruh dalam membantu penyiasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Langkawi Skywalk berkata, pihaknya tidak akan mengabaikan kebajikan mangsa dan keluarganya serta bantuan akan diberikan mengikut saluran sedia ada.
“Pihak syarikat ingin menegaskan kawasan kemalangan bukanlah kawasan kunjungan awam. Kawasan lantai kaca tempat kunjungan awam kekal berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran
- Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan
- UMNO nak melingkup pun ,itu urusan umno, Mahathir tidak perlu menyibuk
Menurut kenyataan itu lagi, pihak syarikat juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di dalam semua keadaan.
“Bagi butiran hasil siasatan, pihak kami serahkan kepada pihak berkuasa yang terbabit,” katanya.
Khamis lalu, media melaporkan, seorang juruteknik terjatuh sewaktu melakukan kerja penyelenggaraan di ENS, sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari dilaporkan berkata, Khairul Nizam dipercayai terjatuh dari besi penahan dek kaca pada ketinggian lebih kurang 40 meter ke lereng gunung.
Tragedi jatuh Gunung Machinchang: Kebajikan mangsa, keluarga diberi perhatian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.