Pemandu lori akibatkan kemalangan maut calon SPM diminta tampil bantu siasatan

Pemandu lori akibatkan kemalangan maut calon SPM diminta tampil bantu siasatan

Pemandu lori akibatkan kemalangan maut calon SPM diminta tampil bantu siasatan
Laporan dalam BH Online hari ini.

KUALA LUMPUR: Polis meminta pemandu lori yang terbabit kemalangan maut membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Persiaran Saujana Impian menghala ke arah Kajang, semalam tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata setakat ini pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu belum tampil membuat laporan polis.

Katanya, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada jam 2 petang ketika mangsa yang menunggang motosikal berseorangan dalam perjalanan dari rumahnya ke sekolah.



“Semasa melalui Persiaran Saujana Impian dipercayai penunggang motosikal membrek motosikal yang ditunggang itu lalu hilang kawalan menyebabkan penunggang terjatuh ke atas jalan.

“Penunggang motosikal terjatuh di laluan sebuah motolori yang berada di sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah




Naazron berkata mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, katanya polis memohon pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Kita juga pohon saksi kejadian atau mereka mempunyai maklumat mengenai kejadian ini atau pemilik rakaman dashcam semasa kejadian untuk tampil membantu siasatan polis.



“Mereka boleh menghubungi balai polis yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian, Aqil Mawardi, 17, maut dalam kemalangan kira-kira jam 2.15 petang semalam.

Nahas berlaku ketika mangsa dari Taman Prima Saujana dalam perjalanan menghadiri kelas tambahan di sekolah apabila motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah lori dari arah Semenyih-Cheras, berhampiran lampu isyarat Saujana Impian.

Anak kepada Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Mawardi Che Man itu maut di tempat kejadian selepas dilaporkan cedera parah di bahagian kepala.



Che Sepiah Che Hussin, guru kepada Aqil menggambarkan arwah sebagai salah seorang pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini.

“Kali terakhir saya jumpa arwah pada Rabu lalu. Dia minta saya halalkan ilmu yang diberi serta minta doakannya dapat keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid Prima Saujana.

Che Sepiah berkata, pemergian Aqil memberi kesan mendalam kerana arwah menghormati semua guru, rakan dan sentiasa fokus dalam pelajaran.



Pemandu lori akibatkan kemalangan maut calon SPM diminta tampil bantu siasatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker