Guru kongsi kenangan bersama pelajar maut kes langgar lari

'Setiap kali jumpa, Aqil minta maaf...' - 

Guru kongsi kenangan bersama pelajar maut kes langgar lari

Guru kongsi kenangan bersama pelajar maut kes langgar lari
Aqil Mawardi, pelajar SMK Saujana Impian yang maut dalam kemalangan langgar lari di Kajang, petang semalam.

KAJANG: “Setiap kali berjumpa, Aqil pasti akan minta maaf, mohon doakan dia berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti dan halalkan segala ilmu yang diberi”.

Itu kenangan Che Sepiah Che Hussin, guru kepada Aqil Mawardi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian, di sini, yang maut dalam kemalangan langgar lari, kira-kira jam 2.15 petang semalam.

@bharianmy



‘Setiap kali jumpa, Aqil minta maaf…’ – Guru kongsi kenangan bersama pelajar maut kes langgar lari #BeritaDiTiktok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

Nahas itu ketika mangsa dari Taman Prima Saujana dalam perjalanan menghadiri kelas tambahan di sekolah apabila motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah lori dari arah Semenyih-Cheras, berhampiran lampu isyarat Saujana Impian.

Anak kepada Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Mawardi Che Man itu maut di tempat kejadian selepas dilaporkan cedera parah di bahagian kepala.



Che Sepiah, guru Sains kelas Tingkatan 5 sekolah itu, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh rakan sekerja ketika bersiap untuk pulang ke rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah


“Kali terakhir saya jumpa arwah pada Rabu lalu. Dia minta saya halalkan ilmu yang diberi serta minta doakannya dapat keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.



Ditemui ketika hadir memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid Prima Saujana, Che Sepiah berkata, pemergian Aqil memberi kesan mendalam kerana arwah menghormati semua guru, rakan dan sentiasa fokus dalam pelajaran.

“Arwah juga salah seorang pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya mengenai peribadi anak ketiga daripada lima beradik itu.

Rakan arwah sejak Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Kantan Permai, Mohamad Hakimi Mohd Hamizul,17, berkata dia bersama arwah dan beberapa rakan lain menunaikan solat Jumaat di Surau Sri Saujana sebelum kejadian.

“Ada beberapa rakan melihat dan melalui kawasan kemalangan itu, namun tidak sangka ia melibatkan Aqil sehinggalah berita sedih itu dimaklumkan oleh guru ketika kami berada dalam kelas,” katanya.



Bapa arwah melalui hantaran di Facebook, memohon bantuan orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka berhubung nahas itu agar berkongsi maklumat dengan polis.

Sehingga kini, maklumat mengenai lori berkenaan gagal diperoleh dan orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 012-3268496 untuk membantu siasatan.

 

Guru kongsi kenangan bersama pelajar maut kes langgar lari

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker