Taufan Krathon mendarat di Taiwan

Taufan Krathon mendarat di Taiwan

Taufan Krathon mendarat di Taiwan
ANGGOTA polis membantu mengangkat pokok yang tumbang susulan taufan Krathon di Bandar Kaohsiung. FOTO AFP

Taipei: Taufan Krathon mendarat di selatan Taiwan pada Khamis dengan bergerak perlahan ke utara dan menyebabkan lebih banyak kecederaan akibat kemalangan yang disebabkan angin kencang dan hujan lebat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada 12.40 tengah hari (0440 GMT), ribut itu melanda Bandar Kaohsiung di selatan Taiwan, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

“Amaran Angin Kencang Peringkat Kebangsaan” telah dikeluarkan untuk penduduk di Kaohsiung dan daerah Pingtung yang berdekatan menggesa mereka agar kekal di dalam rumah.

Pelabuhan Kaohsiung mencatatkan rekod tiupan angin selaju 63.1 meter sesaat (m/s), dengan ombak setinggi 8.4 meter menghempas benteng. Peralatan besar, termasuk pemunggah arang batu turut tumbang, lapor Nextapple News.

Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC) pada Khamis melaporkan bahawa angka kematian akibat taufan itu kekal dua, manakala seorang lagi di timur daerah Hualien masih hilang. Jumlah kecederaan pula meningkat kepada 219, berbanding 102 pada Rabu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.


Rakaman televisyen menunjukkan banjir, pokok tumbang dan kenderaan yang remuk di Kaohsiung dengan penunggang motosikal tercampak oleh angin kencang.

Sebanyak 12,222 isi rumah di Kaohsiung mengalami gangguan bekalan air manakala 106,859 isi rumah di Kaohsiung dan Pingtung terputus bekalan elektrik.

CWA melaporkan hujan lebat dengan kawasan pergunungan di timur daerah Taitung mencatatkan jumlah hujan sebanyak 1,684 milimeter dalam tempoh lima hari.

Menurut CWA, cuaca dijangka terus terjejas sehingga Jumaat.

Pegawai memberi amaran tentang kemungkinan banjir dan tanah runtuh.

Pegawai berkata 10,208 penduduk telah dipindahkan dari kawasan sering dilanda bencana di 14 daerah dan bandar.

Taufan Krathon mendarat di Taiwan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker