Slot cipta sejarah, Liverpool jinakkan Bologna

Slot cipta sejarah, Liverpool jinakkan Bologna

Slot cipta sejarah, Liverpool jinakkan Bologna
SALAH ledak gol kedua Liverpool atas Bologna. -FOTO Reuters

Liverpool: Arne Slot menjadi pengurus Liverpool pertama yang memenangi lapan daripada sembilan perlawanan pembukaannya apabila jaringan hebat Mohamed Salah mengesahkan kemenangan 2-0 menentang Bologna dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Slot bermula dengan cemerlang selepas menggantikan Jurgen Klopp dan kemenangan kedua berturut-turut Liverpool dalam Liga Juara-Juara musim ini adalah satu lagi detik penting buat pengendali Belanda itu.

Alexis Mac Allister meletakkan Liverpool di hadapan pada separuh masa pertama di Anfield dan Salah menjaringkan gol ke-49 dalam Liga Juara-Juara pada penghujung perlawanan.



Menghuni tangga teratas Liga Perdana selepas enam perlawanan musim ini, Slot memastikan Liverpool tidak kehilangan arah sejak berakhirnya pemerintahan Klopp yang berjaya.

Bahkan Klopp, Kenny Dalglish, Bill Shankly dan Bob Paisley juga tidak mampu meraih kemenangan sebanyak itu pada permulaan pemerintahan mereka ke atas pasukan Reds.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.




“Tidak mustahil untuk melakukan sesuatu yang istimewa di kelab ini. Ini menunjukkan betapa baiknya permulaan kami, bagaimana pemain dibeli ini dan usaha yang diberikan,” kata Slot.

“Kami mengekalkan banyak perkara yang sama, pemain sangat gembira dengan regim sebelum ini. Ia bagus untuk bermula dengan cara ini, itu jelas.”

Liverpool memulakan kempen Eropah mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas AC Milan dan ia satu lagi keputusan meyakinkan dalam pengalaman pertama Slot di Liga Juara-Juara di Anfield.

Slot, yang pernah mengendalikan Feyenoord dalam Liga Juara-Juara, berkata beliau ingin mencipta “malam istimewa” dan kemenangan bersejarah ini pasti memenuhi harapan itu.



Klopp mengemudi Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara pada tahun 2019 dan turut layak ke final pada 2018 dan 2022, menghasilkan beberapa detik ikonik yang dikenang selama-lamanya.

“Ia bukannya mudah, pada pendapat saya Bologna menjadikannya sukar. Hantaran terakhir sepatutnya lebih bagus,” kata Slot.

“Secara keseluruhan satu keputusan yang bagus tetapi saya tidak akan gunakan perkataan ‘menggembirakan’ buat diri saya sendiri.

 



Slot cipta sejarah, Liverpool jinakkan Bologna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker