Juventus bagai ‘dirasuk’ bangkit tewaskan Leipzig
Juventus bagai ‘dirasuk’ bangkit tewaskan Leipzig
Leipzig, Jerman: Penyerang Juventus, Dusan Vlahovic berkata pasukannya bermain seperti mereka “dirasuk” apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara di RB Leipzig, awal pagi tadi.
Juventus kehilangan dua pemain, termasuk kapten Gleison Bremer, akibat kecederaan hanya selepas 12 minit beraksi.
Dengan kedudukan terikat 1-1, Juventus kemudian terpaksa bermain dengan 10 orang selepas 59 minit perlawanan apabila penjaga gol Michele Di Gregorio melakukan kesalahan di luar kotak penalti.
Leipzig mengambil peluang menerusi penalti Benjamin Sesko tidak lama selepas itu dan kelihatan berada di landasan untuk menang.
Namun, pasukan pelawat berusaha keras, menyamakan kedudukan melalui rembatan jarak jauh yang menakjubkan dari Vlahovic, gol keduanya dalam perlawanan itu sebelum gol dari Francisco Conceicao memastikan kemenangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
Vlahovic berkata “semasa rehat kami bercakap dengan (jurulatih) Thiago (Motta) dan kami meninggalkan bilik persalinan seperti pasukan dirasuk.
Pemain Serbia itu kini meledakkan empat gol dalam dua perlawanan terakhir selepas menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 Serie A ke atas Genoa Ahad lalu.
“Kami bermain lebih baik dengan 10 orang. Keberanian itu bukan milik saya tetapi milik pemain-pemain saya,” kata Motta.
Juventus bagai ‘dirasuk’ bangkit tewaskan Leipzig
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran
- Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan
- UMNO nak melingkup pun ,itu urusan umno, Mahathir tidak perlu menyibuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.