Cavendish masih komited lengkapkan jadual perlumbaan

Cavendish masih komited lengkapkan jadual perlumbaan

Cavendish masih komited lengkapkan jadual perlumbaan
CAVENDISH menerima pingat kesatria yang membawa gelaran Sir. -FOTO PA Media

London: Mark Cavendish berkata dia masih komited untuk melengkapkan jadual perlumbaan 2024 selepas menerima gelaran kesatrianya di Istana Windsor.

Cavendish, 39, tidak bertanding sejak memecahkan rekod kemenangan peringkat Tour de France (TdF) dengan kemenangan ke-35 pada Julai lalu.

‘Manx Missile’ berkata selepas peringkat terakhir pada penampilan ke-15nya di jelajah itu musim panas lalu dia mengatakan bahawa ia adalah “kemungkinan” perlumbaan terakhir dalam kariernya.

Mengenai masa depannya dalam sukan itu, Cavendish berkata: “Saya masih mempunyai perlumbaan tahun ini.

“Saya masih berlatih untuk menyertainya kerana sesuatu yang sangat bagus berlumba sebagai Komander Kesatria.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.


Cavendish pada mulanya membayangkan persaraan pada penghujung musim 2020, selepas tidak memenangi sebarang perlumbaan jelajah sejak 2018, tetapi kembali beraksi pada tahun berikutnya.

Selepas berdepan kekecewaan akibat kemalangan sehingga terpaksa menamatkan perlumbaan pada 2023 ketika di ambang sejarah, Cavendish menangguhkan persaraannya dan menandatangani lanjutan kontrak dengan Pasukan Astana-Qazaqstan hingga akhir musim 2024.

Walaupun dia tidak mengesahkan sebarang rancangan persaraan, dia menegaskan bahawa dia tidak akan berlumba di TdF lagi.

“Saya sudah berkata bahawa saya tidak akan menyertai TdF lagi.

“Perkara itu sudah saya katakan dan sekali lagi saya tidak akan berlumba di TdF,” kata Cavendish.

Cavendish masih komited lengkapkan jadual perlumbaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker