‘Tunjukkan betapa anda rindukan Liga Juara-Juara’ – Slot
‘Tunjukkan betapa anda rindukan Liga Juara-Juara’ – Slot
Liverpool: Arne Slot berkata beliau mahu barisan pemain dan penyokong Liverpool menunjukkan betapa mereka merindui pentas Liga Juara-Juara apabila pertandingan itu kembali ke Anfield, awal pagi Rabu ini.
Pengurus baru Liverpool itu sedang mempersiapkan pasukannya untuk berdepan Bologna selepas menewaskan AC Milan 3-1 dalam perlawanan pertama mereka selepas setahun tidak beraksi di pertandingan kelab tertinggi Eropah itu.
Slot, yang menggantikan Jurgen Klopp, memulakan tugasnya dengan cemerlang dan sedang memburu kemenangan kelapan dalam sembilan perlawanan dalam semua pertandingan.
Bekas pengendali Feyenoord itu dalam sidang akhbar berkata dirinya pernah melalui detik menakjubkan di pentas Liga Juara-Juara bersama kelab Belanda itu.
Namun, beliau diberitahu bahawa suasana di Anfield – venue kepada enam kali juara Eropah – akan menjadi lebih hebat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
“Apa yang saya harapkan daripada pemain adalah apabila mereka turun ke padang esok, saya mahu melihat dan merasakan bahawa mereka merindui pertandingan ini, jadi mereka mesti bersedia.
“Saya juga berharap dan menjangkakan perkara yang sama daripada penyokong kami.
“Mereka juga tidak menyertai Liga Juara-Juara selama setahun, dan saya berharap mereka merasakan keinginan untuk menunjukkan kepada Eropah, ‘Oh, anda merindui kami’,” katanya.
‘Tunjukkan betapa anda rindukan Liga Juara-Juara’ – Slot
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.