Inter Milan lonjak kedudukan

Inter Milan lonjak kedudukan

Inter Milan lonjak kedudukan
TAREMI meledak gol keempat Inter. FOTO Reuters

Milan, Itali: Inter Milan menang perlawanan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Red Star Belgrade 4-0 di San Siro.

Sepakan percuma menarik daripada Hakan Calhanoglu meletakkan Inter di depan pada minit ke-11 sebelum Marko Arnautovic menjaringkan gol pertamanya musim ini selepas sejam perlawanan.

Kapten Lautaro Martinez menambah gol ketiga minit ke-71 dan sejurus selepas itu berjaya mendapatkan penalti yang disempurnakan penyerang Iran Mehdi Taremi bagi melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah.



“Saya gembira dapat menjaringkan gol malam ini. Terima kasih kepada rakan sepasukan. Memang hebat,” kata Taremi kepada Sky selepas menjaringkan gol pertamanya untuk Inter musim ini.

“Sasaran kami sebagai kelab besar untuk mara ke final dan Inter perlu menang semua perlawanan. Kami akan mengharunginya langkah demi langkah.”

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




Kemenangan itu membolehkan juara Itali itu meraih empat mata dan melonjak ke kelompok lapan teratas dalam carta kumpulan kejohanan elit Eropah.

Inter turut menunjukkan mereka mampu bersaing dengan pasukan terbaik seperti ketika seri 0-0 dengan Manchester City pada perlawanan pertama.

“Ia kemenangan sangat kami harapkan selepas beraksi baik di Manchester tetapi kami perlu teruskan momentum ini,” kata Inzaghi.



Inter Milan lonjak kedudukan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.



Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker