Tindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata – Anak Sabari
Tindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata – Anak Sabari
Jitra: “Tindakan yang dilakukan suspek terhadap ayah sangat kejam dan keterlaluan sehingga sanggup dia buang ayah dalam sungai,” kata Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25.
Muhammad Amir Hakimi yang juga anak bongsu Sabari Baharom, 62, meluahkan perasaan itu ketika ditemui di lokasi pencarian jasad bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini hari ini.
Menurutnya, dia bagaikan hilang kata-kata apabila dimaklumkan polis bahawa bapanya dicampakkan ke dalam sungai.
“Perbuatan dia terhadap ayah sangat keterlaluan kerana ayah orang yang sangat baik.
Muhammad Amir Hakimi berkata, suspek yang ditahan polis itu dipercayai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah rumah terletak berhampiran rumah bapanya di Baling.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
Katanya, lelaki tempatan itu dipercayai baru saja menjalankan kerja-kerja pembinaan di situ kira-kira lima bulan lalu.
“Dia sebenarnya bukan orang Baling dan hanya datang ke situ untuk projek pembinaan rumah dan kami tidak tahu dia mempunyai niat tidak baik.
“Saya dan dua kakak juga akan melakukan solat hajat sekali lagi selain berdoa supaya jasad ayah ditemui dengan segera” katanya yang berharap supaya jasad bapanya ditemui dengan segera.
Terdahulu, media melaporkan polis Kedah mengesahkan pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, di sini dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, jasad mangsa bagaimanapun belum ditemui setakat ini dengan usaha mencari sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.
Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.
Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari.
Tindakan suspek sangat kejam, saya hilang kata-kata – Anak Sabari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.