Penunggang Grab Food maut rempuh peti pembekal voltan rendah

Penunggang Grab Food maut rempuh peti pembekal voltan rendah

Penunggang Grab Food maut rempuh peti pembekal voltan rendah
Penunggang Grab Food maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh Peti Pembekal Voltan Rendah di Jalan Ayer Keroh-Gapam, malam tadi. – Foto IPD Melaka Tengah

MELAKA: Penunggang Grab Food maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh Peti Pembekal Voltan Rendah (Feeder Pillar) Tenaga Nasional Berhad di Jalan Ayer Keroh-Gapam, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Tan Tian Hau, 48, yang menunggang motosikal Honda Dash maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima laporan kejadian pada jam 9.13 malam.



Katanya, sepasukan polis trafik ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut kemalangan yang dipercayai berpunca akibat terbabas sendiri.

“Hasil siasatan awal mendapati penunggang dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke arah Ayer Keroh dan semasa sampai di lokasi dipercayai hilang kawalan lalu melanggar Feeder Pillar milik TNB di bahu jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




“Akibat pelanggaran, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan dan mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata, motosikal terbabit akan dihantar menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penunggang Grab Food maut rempuh peti pembekal voltan rendah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?



Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker