Pengadil Malaysia ikut AFC dan Fifa
Pengadil Malaysia ikut AFC dan Fifa
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan setiap program pembangunan pengadil dan pengoperasiannya berasaskan kepada penanda aras ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram memaklumkan program pembangunan pengadil dan operasi Video Bantuan Pengadil (VAR) di Liga Malaysia (Liga M) adalah berasaskan kepada standard operasi serta protokol diiktiraf Fifa.
Beliau berkata, pada aksi final Piala FA membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Selangor FC, pengadil perlawanan itu Muhammad Nazmi Nasaruddin menunjukkan prestasi cukup cemerlang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Ogos lalu.
“Selain itu, Nazmi mengadili perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara pasukan Korea Utara bertemu Qatar di Vientiane, Laos pada 10 September lalu.
“Seterusnya pada 10 Oktober ini, Nazmi diamanahkan untuk mengadili perlawanan Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Australia bertemu China di Adelaide,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
Pada 23 September lalu, Nazmi dijemput Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk mengadili perlawanan BRI Liga 1 Indonesia di antara pasukan Persib Bandung bertemu Persija Jakarta di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.
Malah, media Indonesia memuji cara pengendalian perlawanan oleh Nazmi apabila rata-rata melihat dia menunjukkan prestasi yang cemerlang serta memiliki satu personaliti tegas dan adil.
Selain Nazmi, AFC melantik Razlan Joffri Ali dan Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah untuk mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan Piala Shopee (Kejuaraan Kelab Asean).
Pengadil Malaysia ikut AFC dan Fifa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.