Jordi janji aksi terbaik kemudi benteng JDT

Jordi janji aksi terbaik kemudi benteng JDT

Jordi janji aksi terbaik kemudi benteng JDT
JORDI menjawab soalan pada sidang media, hari ini. FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

Iskandar Puteri: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat berharap mampu membantu pasukan itu untuk melakar kemenangan seandainya diturunkan dalam kesebelasan utama berdepan Shanghai Shenhua FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Katanya, aksi di laman sendiri sangat istimewa kerana kehadiran penyokong sendiri meningkatkan lagi motivasi setiap pemain untuk memberi persembahan terbaik dalam pertembungan dengan kelab China itu.

“Seperti apa yang jurulatih (Hector Bidoglio) beritahu, aksi pertama dalam saingan ACLE tampak positif selepas tidak tumpas, sebaliknya hanya seri dan kami harus tampil dengan corak permainan lebih konsisten bagi mencari kemenangan.



“Tidak dinafikan pasukan lawan adalah pasukan kuat dengan corak permainan pantas dan kami harus lebih berwaspada di benteng pertahanan bagi mengelak daripada melakukan kesilapan.

“Untuk aksi kedua ACLE ini, kami membuat persiapan rapi dan memperbaiki apa jua kelemahan, malah saya harus bersiap sedia sama ada akan diturunkan atau sebaliknya, semuanya saya serah kepada perancangan jurulatih,” kata Amat.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




Sementara itu, pemain tengah Shanghai Shenhua, Joao Teixeira berkata, semua pemain sudah bersiap sedia menentang skuad Harimau Selatan di gelanggang keramatnya itu.

Bekas pemain Liverpool dan Feyenoord itu yang tidak beraksi pada perlawanan liga sebelum ini bertekad untuk memberikan yang terbaik meskipun tahu akan berdepan tugas sukar.

“Tidak dinafikan, JDT adalah satu pasukan hebat dan kami perlu lebih kompetitif untuk menyaingi kehebatan mereka. Pastinya, kami akan cuba sehabis baik dan beraksi tanpa tekanan.



“Sudah pasti pertembungan esok berintensiti tinggi dan kami sudah bersiap sedia dari setiap sudut,” ujarnya.

Jordi janji aksi terbaik kemudi benteng JDT

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?



Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker