Jasad pekerja ladang masih dalam mulut buaya
Jasad pekerja ladang masih dalam mulut buaya
Kunak: Pekerja ladang dikhuatiri maut selepas disambar buaya ketika sedang memasang pukat di sungai berhampiran Ladang KLK Jatika, dekat sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.18 pagi sebelum sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal daripada saksi, mangsa dikenali sebagai Ridwan Nawir, 50, sedang memasang pukat secara melintang dari tebing sungai sebelum secara tiba-tiba disambar reptilia itu.
“Pemantauan awal di lokasi mendapati jasad mangsa dilihat masih di dalam mulut reptilia itu yang muncul di permukaan air sebelum tenggelam menghilangkan diri ke dalam sungai berkenaan.
“Setakat ini, mangsa belum ditemui dan operasi SAR akan disambung semula esok,” katanya ketika dihubungi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
Menurutnya, selain anggota polis operasi SAR turut membabitkan Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan penduduk setempat yang ketika ini sedang giat memburu reptilia itu.
Jasad pekerja ladang masih dalam mulut buaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]