JAKIM terima Ketua Pengarah Baharu, PM zahirkan ucap tahniah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang baharu.

Anwar berkata, beliau berharap agar Sirajuddin sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Jakim yang baharu berkuat kuasa hari ini.

“Semoga Datuk Dr. Sirajuddin akan menjunjung tinggi amanah ini dengan bekerja keras untuk memartabatkan syiar Islam, memperkasa industri halal serta memperkukuh tadbir urus hal ehwal Islam secara berwibawa dan berhikmah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.



Sirajuddin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah (Dakwah) di Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 Januari 1992.

Selain itu, Sirajuddin yang juga berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Mara dan Ijazah Doktor Falsafah (Sains Komputer) dari University of South Australia pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim serta Setiausaha Pertama (Halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?



Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker