Ciuman terakhir bapa
Ciuman terakhir bapa
Kota Kinabalu: Bapa mangsa rentung dalam kebakaran di Jalan Lembaga Padi, Likas, tengah hari tadi terkilan tidak sempat memberi duit belanja kepada kedua-dua anaknya yang terkorban dalam kejadian itu.
Wahid Maulan, 44, berkata, kali terakhir bercakap dengan dua anaknya, Almidah, 14, dan adiknya, Siti Faridah Wahid, 3, semalam, dia berjanji memberikan lebih duit belanja selepas balik kerja di Kota Belud.
Ketika itu, dia sempat mencium kedua-dua anaknya sebelum bertolak ke Kota Belud untuk bekerja dalam bidang pembinaan di daerah itu.
“Saya sempat meminta kepada mereka berdua supaya mendoakan kerja saya lancar supaya dapat bagi lebih duit belanja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
Dalam kejadian pada 12.30 tengah hari tadi, Almidah, 14, dan Siti Faridah, 3, ditemukan rentung bersama tiga lagi beradik Raisa, 4, Raida, 3, dan bayi Raina Adrian, 1.
Difahamkan, ketika kejadian Almidah dan Siti Faridah di rumah jiran, salah satu daripada empat kediaman yang musnah dalam kebakaran itu.
Bercerita lanjut, Wahid berkata, ketika kejadian, dia berada di Kota Belud sebelum bergegas pulang apabila mendapat berita mengenai nasib menimpa anaknya.
“Saya segera ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-dua anak saya terkorban dalam kebakaran itu.
“Walaupun ujian ini amat berat tapi sudah ditakdirkan Allah SWT mengambil arwah pada usia muda, saya reda,” katanya.
Ciuman terakhir bapa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.