Pemeriksaan kecederaan Kane tunjuk perkembangan positif AFP facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button

Pemeriksaan kecederaan Kane tunjuk perkembangan positif
AFP

Pemeriksaan kecederaan Kane tunjuk perkembangan positifAFP
HARRY Kane dilihat terbaring kesakitan. FOTO AFP

Berlin: Bayern Munich berkata pemeriksaan terhadap kecederaan buku lali penyerang, Harry Kane menunjukkan perkembangan positif menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Aston Villa, Khamis ini.

Kane dilihat terhincut-hincut keluar padang berbaki empat minit ketika seri 1-1 di laman sendiri menentang Bayer Leverkusen, awal pagi tadi.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang mempunyai sejarah kecederaan buku lali, dilihat memegang kakinya selepas bertembung dengan pemain Leverkusen, Amine Adli.

Dalam satu kenyataan, Bayern menyatakan bahawa Kane “mengalami hentakan yang menyakitkan pada buku lalinya”, namun menambah “pemeriksaan oleh jabatan perubatan (kelab) Ahad menunjukkan perkembangan yang positif.

“Kane akan terus menerima rawatan intensif.”

Pengarah sukan Bayern, Max Eberl berkata: “Apabila Harry meninggalkan padang, itu bermakna ada sesuatu kerana dia seorang yang cukup tahan lasak.

“(Insiden itu) kelihatan tidak baik, tetapi kami berharap tiada apa yang patah.”

Kane menunjukkan prestasi cemerlang untuk Bayern musim ini.

Dia menjaringkan 10 gol dalam tujuh perlawanan di semua pertandingan, termasuk menjaringkan empat gol ketika perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang Dinamo Zagreb.

Pemeriksaan kecederaan Kane tunjuk perkembangan positif
AFP


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker