Netizen Mahu Pinjam Wang?
Netizen Mahu Pinjam Wang?
Pelakon, Janna Nick mendedahkan bahawa dia menerima kiriman mesej oleh salah seorang netizen yang meminta bantuan berbentuk wang tunai selepas ‘kantoi’ mencuri.
Netizen Mahu Pinjam Wang?
Menerusi hantaran di Insta Stories, Janna dilihat memuatnaik tangkap layar yang dihantar netizen menerusi DM (Direct Message) yang mahu meminjam wang sebanyak RM8,500.
“Tolong saya kak, saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit untuk bayar balik tapi saya tak ada duit tu.
Saya harap sangat dapat bantu saya, dalam RM8.500. Saya tiada sesiapa. Diorang nak hari ini juga.”-tulis Netizen di Direct Message
“Dia Senang Je Mencuri Lepastu Kantoi, Minta Orang Lain Bayar…”
Tidak berdiam diri, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner meluahkan rasa kesal terhadap netizen terlibat yang sewenang-wenangnya mencuri wang orang lain selain memintanya untuk bertaubat di atas perbuatannya itu.
“Orang penat kerja, menyimpan. Dia senang je mencuri lepastu kantoi, minta orang lain bayar. Bertaubat la dik.
Hari ini kita curi, tipu orang. Esok Allah balas berkali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu. Sorry, saya benci orang malas.”-balas Janna Nick di Instagram
Begitu mudah ya meminta wang kepada orang lain selepas melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama… Apa komen anda?
Netizen Mahu Pinjam Wang?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
You must be logged in to post a comment.