Kanak-kanak 12 tahun jadi penuntut termuda UM

Kanak-kanak 12 tahun jadi penuntut termuda UM

Kanak-kanak 12 tahun jadi penuntut termuda UM
IZZ Imil Shahrom (tengah) berusia 12 tahun menjadi penuntut termuda yang mendaftar masuk di Universiti Malaya (UM), sambil ditemani ibu bapanya. FOTO Ihsan UM.

Kuala Lumpur: Kanak-kanak lelaki, Izz Imil Shahrom berusia 12 tahun menjadi penuntut termuda yang mendaftar masuk di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Kanak-kanak terbabit menyambung pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Fakulti Sains UM.

Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, Izz Imil melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas universiti sebelum mendapat kelulusan Senat Universiti untuk menyambung pengajian itu.



“Memandangkan usia Izz yang begitu muda, universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang dan privasi kepada penuntut terbabit melalui proses pembelajaran serta penyesuaian diri di universiti.

“Perkara ini penting bagi membolehkan kanak-kanak itu dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kejayaan Izz mendaftar masuk di UM yang dikongsi seorang pemilik akaun laman sosial Facebook, tular dan menerima pelbagai reaksi orang ramai yang kagum dengan kehebatan kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak 12 tahun jadi penuntut termuda UM

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker