PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak
PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak
Dr Sahruddin, Pengerusi PPBM Johor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang atas lawatan kunjungan Speaker DUN Johor, Dr Mohd Puad bersama delegasi Barisan Nasional ke China.
Alasan Dr Sahruddin adalah kononnya kerana bimbang lawatan tersebut akan membawa ideologi komunis dalam DUN Johor.
Sahruddin juga berkata, pihaknya bimbang fahaman komunisme akan menular dan meresap dalam kalangan ahli UMNO.
“Kita lihat dia membawa beberapa pemimpin UMNO ke sana dan melihat politik di negara China.”
“Kita sedia maklum bahawa negara China berideologi komunis.”
“Adalah di khuatiri, akhirnya DUN Johor terutamanya diresapi ideologi komunis.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS
- Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM
- Tun Mahathir meroyan , tapi tiada siapa pun melayan.
Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri
Dr Puad Zarkashi sebelum ini memuatnaik mengenai lawatan tersebut di dalam akaun Facebook beliau.
Puad berkata, di China sekolah politik mereka berada di mana-mana dari peringkat pusat hinggalah ke provinsi, daerah dan perbandaran.
“Sekolah politik mereka berkembang jauh hingga ke peringkat post graduate.”
“Semua pegawai kerajaan dan ahli parti akan mengikuti sekolah politik.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pencalonan Hamzah tercemar jika Bersatu tewas DUN Mahkota.
- Ahli GISBH Dalam Pelarian Di Seru Menyerah Diri
- Tengku Razaleigh: Tiada Sebab Dr Akmal Mesti Minta Maaf
Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota
“Ini cara mereka mengindoktrinasi rakyatnya dengan ideologi Parti Komunis Cina,” jelas Puad Zarkashi.
Dari penjelasan Puad, sangat jelas kepada kita semua, apa yang cuba difahami dari lawatan tersebut adalah kaedah yang digunakan oleh Parti Komunis China.
Bagaimana mereka selama berabad-abad berjaya mengindoktrinasikan rakyat mereka dengan ideologi komunis.
Delegasi Barisan Nasional bukannya mahu mempelajari ideologi komunis dan kemudiannya membawa balik ke Malaysia.
Dalam artikata lain, mahu melihat secara dekat bagaimana kejayaan mengindoktrinasi tersebut berjaya dan boleh dikekalkan.
Apakah kaedah dan strategi yang mereka gunakan untuk mendapatkan kejayaan tersebut.
Apakah itu akan menjadikan delegasi Barisan Nasional tersebut komunis?
Janganlah nampak terdesak sangat hingga menjadikan sesuatu yang bukan isu sebagai isu.
PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah
- DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau
- PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]
Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]
Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini
Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian
You must be logged in to post a comment.