DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau

DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau

DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau

Bekas penasihat SRC DS Najib musykil kenapa ahli lembaga pengarah firma itu tidak pernah membuat pengesahan secara terus dengannya.

DS Najib berkata demikian ketika memberi keterangannya, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Beliau juga menolak dakwaan SRC bahawa dia terlibat dalam penyelewengan AS$1.18 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Pinjaman tersebut diberikan kepada  syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Dalam tindakan sivil terhadap bekas perdana menteri dan juga bekas menteri kewangan itu, SRC mendakwa DS Najib mengawal lembaga pengarah melalui Nik Faisal Ariff Kamil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota




Nik Faisal adalah ketua pegawai eksekutif syarikat ketika itu.

Berhujah dari kandang saksi, DS Najib berkata, Nik Faisal mewakili dirinya.

Dan lembaga pengarah membuat keputusan untuk melabur selepas usaha wajar dilakukan.



Beliau tidak berada dalam kedudukan untuk menguruskan syarikat itu secara mikro.

Dakwaan DS Najib bahawa ahli lembaga pengarah SRC tidak pernah meminta pengesahan dari beliau pernah disahkan oleh bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Suboh Md Yasin.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika perbicaraan kes SRC 1.o

Suboh mengakui lembaga pengarah tidak pernah mengundang DS Najib untuk memberikan nasihat mahu pun pandangan berkaitan pengurusan SRC.



Malah Suboh juga bersetuju dengan cadangan peguambela Shafee Abdullah bahawa jemputan untuk DS Najib adalah bagi tujuan menasihati lembaga itu berkaitan perjalanan syarikat.

Muhammad Shafee:

Adakah lembaga pernah panggil DS Najib sebagai penasihat emiratus untuk meminta nasihatnya mengenai apa-apa perkara berkaitan syarikat?

Suboh:

Tidak seingat saya, tidak pernah panggil.



Muhammad Shafee:

Mengapa tidak pernah jemput DS Najib untuk nasihat lembaga pengarah?

Suboh:

Kerana beliau percaya kepada Ketua Pegawai Eksekutif SRC ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamal.

Amat memusykilkan apabila DS Najib tidak pernah diminta pengesahan secara langsung, sedangkan itu adalah sebab kenapa beliau dilantik.

DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker