Syamsul sihat, selalu balik rumah – Patimah

Syamsul sihat, selalu balik rumah – Patimah

Syamsul sihat, selalu balik rumah - Patimah
Patimah gembira anak kesayangannya, Syamsul kini lebih kerap pulang ke rumah. – Foto IG Patimah Ismail

KUALA LUMPUR: Hampir dua tahun tidak merasa air tangan ibu tercinta, pengarah sensasi, Syamsul Yusof membuat permintaan kepada Datin Patimah Ismail agar masak makanan kegemarannya.

Berita gembira itu dikongsikan Patimah kepada pemberita, baru-baru ini.

Patimah dalam nada gembira berkata, anak keduanya itu kini sering pulang ke rumah setiap kali selesai kerja.



“Alhamdulillah, Syamsul sihat. Dia selalu balik, biasanya lepas kerja akan singgah rumah.

“Dia kerja di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), jadi dekat dengan rumah. Bila balik, Syamsul akan suruh masakan makanan kegemarannya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?




Patimah berkata, pengarah filem The Original Gangster itu mungkin rindukan masakannya memandangkan sudah lama tidak pulang ke rumah.

“Dia suruh masakan makanan kegemarannya, mungkin rindu agaknya sudah lama tak balik,” kata Patimah lagi.

Sebelum ini, pengarah berusia 40 tahun itu tidak pulang ke rumah sejak berlaku krisis rumah tangga bersama bekas isteri, Puteri Sarah Liyana, seterusnya mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.

Bagaimanapun, Syamsul pulang ke pangkuan keluarga pada 12 September lalu selepas sekian lama merajuk.



Berita gembira kepulangan Syamsul itu dikongsikan Patimah melalui dalam Instagram hingga menjadi viral.

Hubungan Syamsul dan keluarganya kembali bertaut selepas mengalami satu lagi episod kegagalan rumah tangga.

Pada Jun tahun lalu, Syamsul bercerai dengan Puteri Sarah dengan talak satu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah,6.

Namun pada 5 September lalu, selepas 21 bulan mendirikan rumah tangga dengan Ira di Thailand, Syamsul sekali lagi bercerai.



Syamsul sihat, selalu balik rumah – Patimah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tayang gambar Presiden Pas pada slaid khutbah Jumaat, empat pegawai JAIM ditukar, dipecat

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker