Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin

Mashitah Ibrahim berkata hantaran di media sosial oleh defendan itu mengundang maklum balas negatif daripada orang ramai.

Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin

Seorang bekas timbalan menteri memfailkan saman fitnah RM50 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan dua pemimpinnya yang mengaitkannya serta suami dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Mashitah Ibrahim meminta mahkamah mengarahkah defendan Pengerusi MHO Hishamuddin Hashim atau Setiausaha Agung Azizul Syafiq Sazali untuk menurunkan hantaran fitnah di TikTok dan Facebook pada 28 Ogos serta 3 Sept.



Bekas Ahli Parlimen Baling itu juga meminta arahan menghalang defenden daripada menerbitkan semula hantaran terbabit.

Beliau yang berkhidmat sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 2008 hingga 2013 juga meminta Hishamuddin dan Azizul memohon maaf menerusi akhbar tertentu dan media sosial.

Mashitah turut menuntut pampasan ganti rugi RM50 juta selain kos lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam writ dan pernyataan tuntutan melalui peguam cara Akberdin & Co awal minggu ini, Mashitah menafikan dakwaan mengaitkannya dengan Dong Mei Group di Myanmar yang didakwa terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.



Beliau berkata kenyataan fitnah itu mengundang maklum balas negatif daripada orang ramai yang telah menjatuhkan reputasi dan mendedahkannya kepada pertikaian di media sosial.

Sementara itu, peguam Akberdin Abdul Kader berkata Mashita telah memohon mahkamah mengeluarkan injunksi mandatori untuk memadan hantaran terbabit di Facebook dan TikTok.

Beliau memaklumkan permohonan itu dijadualkan untuk dibicarakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Jamhirah Ali, Selasa depan. FMT

Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari



Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker