‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran

‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran

TAWAU: “Anakku dirogol,” kata lelaki warga Indonesia sejurus selesai dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membunuh jiran yang juga rakan senegaranya awal bulan lalu.

Tertuduh Yohanes Kopong Jawan, 31, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum yang dijalankan secara Zoom.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kesalahan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang juga pemegang pasport Indonesia itu didakwa membunuh mangsa, Martin Sili, 33, di sebuah rumah di sini antara jam 7.30 malam pada 31 Ogos hingga 12 tengah hari 1 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan bedah siasat diperoleh.



Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, pada 1 September lalu media melaporkan kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPDk Tawau, berjaya menahan suspek dan menyelesaikan kes bunuh dalam tempoh kurang 24 jam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam kenyataannya berkata, tangkapan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang individu yang memaklumkan adik lelakinya dibunuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya. BH

‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari



Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker