Yusoff Rawther dituduh edar dadah

Yusoff Rawther dituduh edar dadah

Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik Yusoff Rawther didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305g, minggu lalu.

Bagaimanapun, Yusoff hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret M Arunjothi.



Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 305g di kawasan tempat letak kereta hadapan surau IPK Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept lalu.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Rafique Rashid.



Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 Nov setelah menerima laporan dari Jabatan Kimia. FMT

Yusoff Rawther dituduh edar dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)



Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker