PN tolak MoU peruntukan pembangkang?

PN tolak MoU peruntukan pembangkang?

Perikatan Nasional (PN) dilaporkan menolak deraf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang kerana tidak berpuas hati atas ‘kecacatan’ kandungan dan beberapa syarat perlu dipatuhinya, kata sumber.

Bercakap kepada FMT, sumber PN itu berkata keputusan sebulat suara menolak dokumen disediakan kerajaan itu berdasarkan perbincangan bersama semua Ahli Parlimen pembangkang, Isnin lalu.



Keputusan dah ada dan kita akan tolak, katanya sambil memberitahu pimpinan PN akan memaklumkan keputusan rasmi itu kepada Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof selaku wakil kerajaan dalam masa terdekat.

FMT telah menghubungi Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan untuk mendapat pengesahan.

Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor mengesahkan ada perbincangan wakil rakyat PN Isnin lalu, namun enggan mendedahkan keputusan komponen itu dibuat sebelum pengumuman rasmi pimpinan.

Cuma saya boleh kata kalau tandatangan sukar hendak jadi wakil rakyat bila ‘diikat’ macam-macam syarat, jumlah peruntukan pun tak bagitahu seakan-akan nak memerangkap sahaja, katanya.



Mengulas punca penolakan, sumber itu mendakwa pembangkang tidak berpuas hati dengan beberapa obligasi atau syarat perlu dipatuhinya terutama menjurus kepada agenda kesamarataan untuk semua kaum dan individu.

Beliau mendakwa satu daripada 13 syarat meminta PN mengisytiharkan prinsip semua rakyat mempunyai hak asasi dan kebebasan tanpa perbezaan bangsa, etnik atau agama mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Setiap rakyat juga mempunyai hak mendapatkan perlindungan saksama daripada sebarang bentuk diskriminasi atau hasutan.

PN tak kisah jika wakil rakyat kena isytihar harta tetapi bimbang syarat ini yang boleh mengganggu gugat hak istimewa orang Melayu, dakwa sumber itu yang turut memaklumkan MoU itu akan berkuat kuasa sehingga pembubaran Majlis Parlimen Ke-15 atau 19hb Disember 2027.



Jelasnya, turut dipersoal ketiadaan penetapan jumlah peruntukan selain syarat yang didakwa mengehadkan ‘suara’ pembangkang membangkitkan sesebuah isu.

Kita tak puas hati mengapa bila PN bangkitkan isu dikatakan menyentuh kaum, agama, raja (3R), tindakan cepat diambil tetapi ‘kem’ sebelah sana tiada tindakan pun, katanya merujuk kepada syarat keempat terkandung dalam deraf itu.

MoU dilihat FMT itu turut menyebut PN dan Ahli Parlimennya perlu menahan diri daripada menyemai kebencian, diskriminasi atau keganasan sebagai suatu bentuk ekspresi politik atau perbezaan pendapat, tetapi harus bertindak dalam semangat toleransi serta tindakan bersama demi kepentingan negara.

Selain itu, Ahli Parlimen PN tidak boleh membangkang secara sia-sia atau mengganggu proses pentadbiran kerajaan persekutuan atau Dewan Rakyat, sebaliknya bersama menambah baik sebarang dasar demi kepentingan umum.



Sumber itu berkata PN turut menegur kecatatan dalam deraf diterima pada 6 Ogos terbabit yang memberitahu pembangkang mempunyai 74 wakil rakyat sedangkan enam daripadanya telah mengalih sokongan kepada pentadbiran Anwar Ibrahim.

Mereka adalah bekas Ahli Parlimen Bersatu iaitu Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Pada 18 Apr lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju mempertimbangkan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang disusuli dengan penyerahan deraf kepada PN, bulan lalu.

Anwar pada 9 Jul lalu dilaporkan berkata isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit diselesaikan kerana membabitkan syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.



Sewaktu pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga November 2022, kerajaan menandatangi MoU dengan Pakatan Harapan (PH) selaku pembangkang ketika itu bagi mewujudkan kestabilan politik dan menyediakan peruntukan untuk semua Ahli Parlimen. FMT

PN tolak MoU peruntukan pembangkang?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker