Pantun puja Abuya

Pantun puja Abuya

Sebuah video yang memaparkan rakaman pantun oleh sekumpulan individu dengan memuja bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya tersebar di media sosial, sejak beberapa hari lalu.

Rakaman video berdurasi dua minit 59 saat itu dimuat naik di platform TikTok oleh Malaysia Tribune pada Selasa yang sehingga kini mendapat lebih 3,000 tanda suka.

Melalui rakaman video itu, terdapat 11 individu termasuk seorang perempuan dipercayai pengikut Abuya, menyampaikan pantun dua kerat dengan menceritakan mengenai latar belakangnya.

Antara bait pantun yang disampaikan mereka ialah;

Pasar Ikhwan di Putrajaya,
Siapakah dia Abuya?
Abuya seorang yang teliti,
sudah tentulah PBT (Putra Bani Tamim)
Abuya pasti akan zahir,
bilakah abuya lahir?
Di Makkah musim tengkujuh,
Abuya lahir 37
Kekasih Allah Nabi Ibrahim,
Siapakah dia Lebai Ibrahim’
Beliau itu pakcik Abuya,
juga merangkap guru Abuya

Berikutan itu sebilangan pengikut media sosial mengutuk tindakan terbabit dengan menyifatkan perbuatan mengagungkan Abuya adalah sesat.

“Agungkan Abuya jer (sahaja)… sesat lagi menyesatkan,” kata pemilik akaun TikTok ‘zehan’.

Pemilik akaun TikTok, ‘eyraakaira’ pula memberikan komen malu dengan tindakan mereka itu.

Ashaari meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada 13 Mei 2010 kerana jangkitan paru-paru.

Kerajaan mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994.

Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.

Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) adalah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa yang antaranya mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan. BH

Pantun puja Abuya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker