Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Pertubuhan Al-Arqam walaupun sudah difatwakan haram dan menyeleweng, namun menjadi antara ajaran sesat yang dikesan berevolusi dari sudut penjenamaan dan penampilan

Diasaskan Asaari Muhammad pada 1968, pertubuhan ini dikesan mempunyai rangkaian perniagaan padu sehingga membentuk beberapa syarikat, bermula dengan Rufaqa Corporation Sdn Bhd.



Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Al-Arqam mula ditubuhkan dengan misi kononnya untuk menyedarkan umat Islam agar lebih menghayati makna Islam.

Namun, penubuhan yang bermula atas nama Kumpulan Rumah Putih di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu, mula digelar Darul Arqam beberapa tahun selepas itu dan Aurad Muhammadiah didakwa diamalkan Asaari serta pengikutnya.

“Amalan itu mengundang beberapa siri pengisytiharan keluar oleh beberapa orang kuat Darul Arqam dan pemecatan beberapa individu yang berpengaruh dalam kumpulan itu.

“Ia mendapat perhatian pihak media kerana reputasi Darul Arqam ketika itu yang dilihat agak terkehadapan dalam menjana ekonomi mereka.



“Susulan itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memanggil Asaari untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu itu dan beberapa isu berkaitan Aurad Muhammadiah,” kata laporan dalam portal MAIS.

Asaari bagaimanapun tidak mengaku menyebarkan Aurad Muhammadiah, tetapi tidak juga menyatakan mengamalkannya.

Beliau turut mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa dirinya pernah mengatakan, individu yang bertanggungjawab membawa Aurad Muhammadiah iaitu Syeikh Muhammad Abdullah al-Suhaimi meninggal dunia pada 1925 akan hidup semula sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman.

Rentetan isu akidah yang membabitkan Asaari, jawatankuasa fatwa negeri memutuskan bahawa fahaman Aurad Muhammadiah pegangan kumpulan Darul Arqam yang terkandung dalam dua buku iaitu bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Dar Al-Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan dan Manaqib (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi adalah bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.



Dua buku itu juga diharamkan kerana dibimbangi mengeliru dan menyesatkan umat Islam.

Pada 1994 Asaari dan beberapa pemimpin kanan kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membuat pengakuan tentang penyelewengan Al-Arqam.

“Dia meninggal dunia pada 2010, selepas dibebaskan daripada tahanan tetapi dikenakan tahanan rumah,” katanya.

Cubaan hidupkan semula



Mengulas lanjut, laporan MAIS menyebut, Ummu Jah dikesan cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (SRC) ketika suaminya masih dalam tahanan ISA.

“Justeru pada 21 Disember 2006, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan dalam fatwa bertajuk Usaha-usaha menghidupkan semula Al-Arqam melalui Syarikat Rufaqa Corporation Sdn Bhd (SRC) dan Rangkaian Syarikat Gabungan.

“Syarikat ini dikesan membawa fahaman yang sama dengan al-Arqam sebagaimana difatwakan pada 11 Ogos 1994,” katanya.

MAIS berkata, walaupun perisytiharan taubat daripada kumpulan ini, namun fatwa yang pernah diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tidak pernah ditarik balik kerana dipercayai masih ada saki-baki pengikutnya yang mengamalkan ajaran yang diharamkan ini. BH



Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker