Uncle Roger minta Jakim cepat sikit
FUIYOH! It’s Uncle Roger, restoren yang sedang menanti sijil halal Jakim.
Uncle Roger minta Jakim cepat sikit
Penghasil kandungan YouTube dan pelawak, Nigel Ng yang lebih popular dikenali sebagai Uncle Roger telah membuka restoran pertamanya di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.
Pembukaan pada hari pertama itu ternyata mendapat sambutan hebat daripada orang ramai apabila ada yang sanggup menunggu seawal pukul 6 pagi di hadapan pusat membeli belah tersebut agar tidak melepas peluang merasai menu sajian di restoran ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’ bertempat di tingkat tujuh Pavilion.
Dalam pada itu, nama Uncle Roger sohor di laman X dengan lebih 20,000 ciapan menggunakan tanda pagar (#) uncleroger sejak pagi tadi.
Menerusi semakan Kosmo! di TikTok @Foodie, pempengaruh, Pin Yang sempat bertanya kepada Uncle Roger mengenai status halal restorannya.
Menurut Uncle Roger, ia masih dalam proses permohonan dan beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kami sedang mohon sijil halal daripada Jakim. Jakim cepat sedikit. Kenapa begitu lama? Cepat-cepat bagi saya sijil,” seloroh Uncle Roger menerusi video yang dikongsikan @Foodie hari ini. K Online
Uncle Roger minta Jakim cepat sikit
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari