OK nyonya, kita jumpa di mahkamah
Teresa tuntut RM25 juta, Akmal jawab ‘jumpa di mahkamah’
OK nyonya, kita jumpa di mahkamah
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) ganti rugi RM25 juta kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu pensijilan halal.
Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya, Sankara Nair and Partners, Naib Pengerusi DAP itu juga menuntut Dr. Muhamad Akmal membayar semua kos guaman dan perbelanjaan berkaitan saman tersebut.
Teresa mendakwa Dr Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.
“Kami menunggu jawapan anda tanpa berlengah-lengah. Jika pelanggan kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi,” bunyi notis itu.
Sementara itu, dalam reaksi segera, Dr. Muhamad Akmal bersedia untuk bersemuka dengan Teresa di mahkamah.
“Ok nyonya. Kita jumpa di mahkamah. No fear no surrender,” kata Dr. Muhamad Akmal ringkas di media sosial.
Media semalam melaporkan Teresa sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Dr Muhamad Akmal susulan kenyataan balas beliau berkait isu pensijilan halal, termasuk mahu ‘logo tidak halal’ ditampal pada dahi pemimpin DAP berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan Teresa selepas memberiketerangan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap ahli politik tersebut.
Dr Muhamad Akmal sebelum ini menempelak tindakan Teresa yang dilaporkan mendakwa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan hanya menambah beban terhadap peniaga.
Menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh itu sebagai ‘nyonya tua’, Dr. Muhamad Akmal berkata, Teresa tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal. MG
OK nyonya, kita jumpa di mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari