6 sebab dibolehkan mendedahkan aib seseorang

6 sebab dibolehkan mendedahkan aib seseorang

Di dalam Islam terdapat perkara-perkara yang mengharuskan atau membolehkan kita untuk mengumpat atau menceritakan keburukan orang lain, sepertimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya, “Syarah Sahih Muslim dan Riyadhus Solihin”, antaranya,

Pertama: Apabila diri dizalimi, harus orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, kadi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

Kedua: Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran. Seperti seseorang melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk mengubah kemungkaran. “Si polan telah melakukan perbuatan sekian-sekian tegahlah ia”.

Ketiga: Bertujuan mendapatkan fatwa (pandangan agama) seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi s.a.w. sikap kedekut suaminya. Dia berkata kepada Nabi s.a.w., “Ya Rasulullah! suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?” Jawab Baginda, “Ambillah daripada wangnya sekadar keperluanmu”.

Keempat: Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga dari suatu bentuk kejahatan, seperti mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam satu organisasi kepada pihak yang lebih berkuasa, agar mereka tidak tertipu untuk terus memberikan kuasa kepadanya.

Kelima: Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti minum arak, menganut fahaman sesat atau seumpamanya secara terbuka. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab lain yang mengharuskannya.

Keenam: Untuk memperkenalkan diri seseorang, maka harus menyebutnya dengan suatu gelaran yang sudah pun dikenali dan sememangnya ia dikenali dengan gelaran tersebut, dan ia tidak akan berasa marah disebut dengan gelaran tersebut, seperti “si tempang” atau “mat rabun” dan sebagainya. Tetapi haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat seseorang itu.

Dalam enam situasi di atas, dibolehkan kita memperkatakan atau mendedahkan keburukan orang lain kerana ia mempunyai tujuan yang diharuskan syariat untuk maslahah yang lebih besar daripada maslahah individu yang diperkatakan keburukannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Orang Islam yang sebenar adalah mereka yang menyelamatkan orang Islam lain daripada (keburukan) lidah dan tangannya”.

Dalam hadis ini jelas membawa maksud bahawa setiap orang Islam adalah bersaudara antara satu dengan yang lain. Dan seorang yang beragama Islam juga tidak boleh mendedahkan keburukan dan keaiban saudaranya kepada orang lain, bahkan wajib baginya untuk merahsiakannya. Disebabkan itu Islam mahu umatnya agar:

Pertama: Jangan banyak berburuk sangka.

Ini kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada keburukan dan boleh menyebabkan perkara yang baik menjadi tidak baik. Islam sentiasa menggalakkan umatnya agar sentiasa berbaik sangka sekalipun perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu kelihatan tidak baik daripada pandangan mata.

Kedua: Jangan sengaja mencari kesalahan dan keburukan orang lain.

Di dalam satu riwayat ada menceritakan bagaimana Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah ditengking disebabkan perbuatannya memanjat dinding rumah jiran semata-mata untuk mencari kesalahan orang yang sedang berada di dalamnya. Malah Umar sendiri mengakui akan kesalahannya itu.

Ketiga: Jangan menghebahkan aib dan keburukan orang kepada orang lain tanpa sebab-sebab tertentu.

Ini kerana perbuatan sebegitu boleh menjatuhkan maruah seseorang. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “Siapa yang menutup keaiban seorang muslim, maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat”. (HR Ahmad) Utv

6 sebab dibolehkan mendedahkan aib seseorang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker