Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman rumah

Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman rumah

ARAU: Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki yang identitinya sedang dikenal pasti itu daripada orang awam pada 6.33 petang.



Menurutnya, lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia kira-kira tiga hari itu ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dan terbakar serta mula menggelembung, katanya, lapor Bernama.

Ahmad Mohsin berkata, tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh mayat itu dan tiada unsur jenayah dikesan.

Katanya, lelaki itu dipercayai seorang pemotong rumput upahan dan disyaki maut akibat disambar api daripada sebuah mesin rumput.



Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat yang akan dijalankan esok.

Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker