Teresa Kok tidak kebal, polis buka siasatan 3R
Polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya bahawa mewajibkan pensijilan halal untuk restoran boleh menjadi beban kepada perniagaan dan memalukan Malaysia.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan 3R (kaum, agama, raja) adalah di bawah Seksyen 298 dan 505(b) Kanun Keseksaan.
Razarudin dipetik Harian Metro sebagai berkata pemimpin DAP itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang meliputi penyalahgunaan kemudahan rangkaian.
Razarudin berkata lima laporan polis telah dibuat terhadap Kok.
Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.
Ini mendorong Kok membantah rancangan itu, mencetuskan kecaman termasuk daripada Ketua Pemuda Umno Dr Muhammad Akmal Saleh.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno Mohd Khairuddin Aman Razali turut menyifatkan cadangan mewajibkan pensijilan halal adalah tidak sesuai untuk restoran dan syarikat makanan milik orang Islam.
Khairuddin menegaskan umat Islam sudah terikat dengan prinsip agama mengenai halal dan haram, kebersihan dan kesucian.
Sementara itu, Razarudin hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan keresahan atau ketegangan antara kaum.
“Walaupun kebebasan memberikan pendapat itu dibenarkan melalui Perlembagaan Persekutuan namun terdapat limitasinya.
“Kenyataan yang bersifat sedemikian juga adalah satu kesalahan yang termaktub di bawah Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Polis juga menyeru semua masyarakat untuk menghayati prinsip Rukun Negara,” katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan media berasingan, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata biro undang-undang parti itu akan menemani Kok apabila dia disoal siasat oleh polis.
Tambahnya, kepimpinan DAP yakin ahli parlimen Seputeh itu tidak melanggar sebarang undang-undang dan hanya menjalankan tugas sebagai ahli parlimen ketika menyatakan pandangannya mengenai dasar kerajaan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati