Anwar tegur Teresa Kok, jangan cetus kontroversi
Anwar tegur Teresa Kok, jangan cetus kontroversi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam isu pensijilan halal bukan pendirian Pakatan Harapan (PH).
Katanya, kenyataan naib pengerusi DAP itu antara lain mencetuskan kontroversi tidak relevan kepada masyarakat di negara ini.
Anwar, yang juga pengerusi PH juga menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh.
“Tak payah jadi begini kerana ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita.
Ada masalah…peraturan perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. Namun, kalau dia (Teresa) rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu, bincanglah secara elok, katanya menurut Berita Harian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan), di Seremban.
Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal, namun ia mengecualikan premis menghidangkan daging babi atau minuman beralkohol.
Susulan itu, Kok berkata cadangan itu dilihat menghalang kebebasan pilihan pengguna serta bertentangan semangat kepelbagaian budaya dalam negara, malah mungkin memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Katanya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.
Apa diperkatakan Kok kemudian mendapat kecaman Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang meminta Kok jangan campuri urusan agama Islam.
Semalam, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon, berkata di peringkat antarabangsa Malaysia sudah dikenali sebagai peneraju industri halal, dan langkah itu akan memperkukuh kedudukan negara selaku hab halal global yang diiktiraf.
Katanya, pandangan bahawa cadangan dikemuka Kok akan menjadikan Malaysia bahan ejekan tidak berasas dan bertentangan realiti perkembangan pasaran halal dunia yang bernilai trilion dolar. FMT
Anwar tegur Teresa Kok, jangan cetus kontroversi
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET