Siak masjid rotan kanak-kanak ketika solat Jumaat

Siak masjid rotan kanak-kanak ketika solat Jumaat

Netizen merasa berang dengan tindakan salah seorang siak masjid yang merotan kanak-kanak ketika solat Jumaat sehingga menyebabkan kesan berbirat.

Menurut perkongsian Isu Semasa Viral di laman X, salah seorang pengguna Facebook memuat naik gambar anaknya yang mengalami luka berbirat selepas dirotan oleh siak masjid ketika solat jumaat.



“Ini kali pertama Afnan solat di masjid itu, tapi dapat pengalaman tak best pula. Rupanya sebelum siak tu masuk saf, dia akan rotan secara random mana-mana budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising sebab dia risau bila dia dah masuk saf nanti tiba-tiba ada budak bising atau lari-lari,” tulis pengguna Facebook itu.

Dalam masa yang sama, siak yang merotan kanak-kanak tersebut sudah meminta maaf di balai polis.

Melihat di ruangan replies rata-rata netizen tidak bersetuju dan bengang dengan tindakan siak merotan kanak-kanak yang hadir ke masjid ketika solat jumaat.

Tindakan sebegini boleh menyebabkan kanak-kanak tawar hati dan berasa takut untuk mengunjungi masjid kerana mempunyai pengalaman yang kurang menyenangkan.



Menggunakan kekerasan untuk menegur kanak-kanak yang bermain atau membuat bising di masjid bukanlah cara yang tepat dan ahli masjid perlu menggunakan kaedah lain untuk mengawal kanak-kanak terbabit. Vc

Siak masjid rotan kanak-kanak ketika solat Jumaat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker