Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf

Asyraf Wajdi buat terjahan di MRSM Taiping.

Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ‘berang’ apabila mendapati menu ditetapkan pihaknya tidak dipatuhi pengusaha dewan selera di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.

Menerusi ‘terjahan’ dibuat Setiausaha Agung UMNO itu di Dewan Selera MRSM Taiping semalam, pengusaha sepatutnya menyediakan ikan tenggiri sebagai menu makan malam seperti ditetapkan MARA.



Namun Asyraf Wajdi mendapati menu disediakan adalah ikan goreng jenis lain dipercayai ikan selayang.

“Ini dikatakan ikan tenggiri? Dalam menu ditetapkan oleh MARA, menu makan malam adalah ikan tenggiri,” katanya melalui Facebook disertakan gambar ikan terbabit.

“Berang bukan kerana tidak ikut kontrak perjanjian termasuk soal menu tapi yang paling utama kebersihan hingga membawa kepada kes berulang keracunan makanan,” katanya

Asyraf Wajdi mengambil inisiatif meninjau keadaan di dewan selera itu bagi melihat penyediaan makanan selepas menerima aduan daripada ibu bapa pelajar mengenai kes keracunan makanan pada 30 Ogos lalu.



Kes itu membabitkan seramai 31 pelajar dengan ada dalam kalangan mereka terpaksa dikejarkan ke hospital.

Susulan itu, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya memberi tempoh kepada pengusaha dewan makan terbabit sehingga esok untuk menyelesaikan isu ini atau tindakan selanjutnya akan dikenakan.

Asyraf Wajdi berkata, lebih mengejutkan apabila insiden keracunan di situ bukan pertama kali berlaku, sebaliknya kes sama pernah terjadi tahun lalu apabila seramai 50 orang terjejas pada Oktober tahun lalu.

“Ketika terjahan dilakukan, saya dapati beberapa perkara tidak mengikut piawaian ditetapkan MARA antaranya pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur yang berada di tahap tidak memuaskan.



“Rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, ketika berjumpa dengan pelajar yang menjadi mangsa keracunan makanan ini, mereka memaklumkan bahawa tahun lepas juga seramai 50 orang terkesan dengan isu keracunan makanan.

“Mereka juga berkongsi kepada saya gambar ulat dalam nasi, sayur dan serangga di dalam hidangan yang amat mendukacitakan saya,” katanya.

Semalam, Asyraf Wajdi memberi amaran bahawa MARA akan menyenaraihitamkan kontraktor makanan yang tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan dewan selera MRSM.

Beliau dilaporkan berkata, langkah tegas itu wajar diambil kerana tugasan kontraktor berkenaan membabitkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pelajar yang tidak boleh dikompromi.



Pada masa sama, Asyraf Wajdi sekali lagi menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu membabitkan kesihatan pelajar.

Ini kerana katanya, aspek kesihatan, keselesaan dan kebajikan anak MRSM adalah perkara yang amat dititikberatkan pihaknya.

“Selagi saya menjadi Pengerusi MARA, saya akan pastikan perkara seperti ini diambil berat oleh pegawai MARA demi kebajikan dan keselesaan anak MRSM,” katanya. BH

Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker