Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM

Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM

Saham YTL Corporation Bhd dan YTL Power International Bhd terjejas hari ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta maklumat daripada anak syarikat YTL Power, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) berhubung Projek 1Bestarinet.

YTL Power mengesahkan perkara itu semalam, sambil menambah YTL Comms memberikan kerjasama penuh kepada SPRM, dan menyatakan kepercayaan bahawa perkara itu akan diselesaikan dengan memuaskan.



Pada 12.30 tengah hari tadi, saham YTL jatuh 23 sen kepada RM2.77 manakala YTL Power susut 18 sen kepada RM3.71.

Dalam satu laporan, sumber dipetik sebagai berkata ‘penyiasatan tertumpu kepada ‘tuntutan membabitkan butiran palsu berkaitan pembayaran RM2.7 bilion’.

Menurut YTL Power, Projek 1Bestarinet telah dianugerahkan kepada YTL Comms pada 2011 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah tender terbuka membabitkan 19 syarikat yang membuat tawaran untuk projek itu.

YTL Comms dipilih sebagai bidaan yang paling mematuhi teknikal dan paling kos efektif.



Projek terbabit telah disahkan oleh KPM sebagai siap pada akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019. BH

Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker