Pas sombong – Wan Rosdy

Pas sombong – Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan Pas sebagai riak dan sombong susulan mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Agenda Islam di Pahang, hanya Pas boleh diharap’ yang disiarkan Harakah Daily pada 1 September lalu.

Ujarnya tuduhan tersebut cuba membangkitkan sentimen dan persepsi negatif seolah-oleh kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa pembangunan langsung untuk mengukuhkan syiar islam di Pahang.



“Saya merasa terpanggil untuk mengulas mengenai satu laporan berita ‘Agenda Islam di Pahang, hanya Pas boleh diharap’ yang memetik ucapan Pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Yang Berhormat Tanjung Lumpur dalam satu program di Chegar Medang, Bentong pada 31 Ogos lalu.

“Saya tak pasti sama ada kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut Yang Berhormat Tanjung Lumpur sendiri atau ia hanya disensasikan oleh Harakahdaily,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ucapan penangguhan semasa Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Wisma Sri Pahang hari ini.

Jelas Wan Rosdy, laporan berita itu mempertikai usaha-usaha yang telah kerajaan negeri selama ini dalam menegakkan syiar Islam.



Malah kenyataan itu dilihat turut mempertikai kewibawaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

”Di mana baginda telah banyak usaha, cadangan, nasihat dan juga saranan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dalam menyubur syiar Islam di bumi Pahang,” tambahnya.

Tegas Wan Rosdy pelbagai agenda dakwah dilakukan di negeri ini termasuk meningkatkan institusi pengajian Islam di sini. MG

Pas sombong – Wan Rosdy



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker