Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan berhubung amaran China yang meminta Malaysia menghentikan aktiviti cari gali minyak dan gas di perairan Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada masa sama pihaknya masih menunggu hasil siasatan isu kebocoran maklumat membabitkan Nota Diplomatik dari Republik Rakyat China (PRC) kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing bertarikh 18 Februari lalu.
“Surat tu belum ada kesahihan, tapi memang kita tak nafikan ada tuntutan bertindih (di kawasan Laut China Selatan) dan kita sentiasa memerhatikan apa berlaku antara China dan Filipina.
“Kita juga tak tolak kemungkinan, kita perlu bersedia (dalam keadaan) apa pun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Executive Lecture Menteri Pertahanan bersama Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini.
Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.
Mohamed Khaled berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kebocoran maklumat nota diplomatik China yang dilaporkan media asing.
Terdahulu, Kementerian Luar dilaporkan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat terbabit.
Malaysia dan China adalah Rakan Strategik Komprehensif dan sentiasa mengambil inisiatif-inisiatif baharu yang berpotensi memantapkan perkongsian ini ke tahap lebih tinggi. HM
Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’