Malaysia akan terus teroka minyak, gas di Laut China Selatan walaupun China bantah – PM
Malaysia akan terus teroka minyak, gas di Laut China Selatan walaupun China bantah – PM
Negara tidak akan menghentikan penerokaan kawasan minyak dan gas berpotensi di Laut China Selatan, walaupun terdapat bantahan China yang mendakwa Malaysia melanggar sempadan yang dibenarkan.
Sambil menekankan bahawa negara akan terus mengadakan perbincangan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan operasi itu dijalankan di dalam kawasan Malaysia dan tiada sebab untuk melakukan tindakan provokatif terhadap China.
“Mengenai kawasan yang dibantah oleh China, ini adalah kawasan kita tetapi kita terbuka untuk berbincang. Namun, penerokaan minyak ini adalah di perairan kita. Kita mungkin memberikan respons (maklum balas) kepada China, menjelaskan kedudukan kita, tetapi kita tidak melakukan tindakan provokatif.
“Kita perlu teruskan penerokaan di perairan kita dan menjaga kelebihan kita, termasuk operasi penerokaan di kawasan kita sendiri.
“Beijing menghantar nota bantahan kerana mereka menganggap itu kawasan mereka. Namun, kita perlu meneruskan operasi ini kerana ia berkaitan dengan kelangsungan ekonomi kita,” katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia sempena lawatan kerja dua harinya di sini untuk Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF 2024).
Terdahulu, media melaporkan kebocoran nota diplomatik yang dihantar Beijing kepada Malaysia, yang membantah operasi PETRONAS di kawasan berkenaan.
Laporan terbabit, yang diterbitkan oleh media Filipina, menunjukkan dakwaan Beijing bahawa penerokaan minyak dan gas Malaysia di Laut China Selatan memasuki sempadan wilayah China.
Kenyataan Wisma Putra pada Rabu menegaskan bahawa kebocoran maklumat itu akan disiasat kerana ia membabitkan kerahsiaan dan kedaulatan negara.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan, termasuk Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) 200 batu nautika yang dikongsi oleh Malaysia, Filipina, Brunei, Taiwan dan Vietnam, berada bawah kedaulatannya.
Bawah undang-undang antarabangsa, EEZ tidak menandakan kedaulatan sesebuah negara, namun memberikan hak kepada negara terbabit untuk mengeluarkan hasil dalam zon itu.
Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia mempunyai dasar dan prinsip tegas untuk tidak menceroboh wilayah negara lain.
“Mereka (China) tahu kedudukan kita. Mereka mendakwa kita telah mencerobohi kawasan mereka. Kita kata tidak, itu kawasan kita. Tetapi jika mereka terus tidak berpuas hati, maka baiklah, kita akan mendengar dan mereka juga perlu bersedia mendengar,” tambahnya. BH
Malaysia akan terus teroka minyak, gas di Laut China Selatan walaupun China bantah – PM
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
You must be logged in to post a comment.