Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang

Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan polis menjalankan siasatan segera, telus dan adil, berhubung dakwaan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sini, Jun lalu.

Tengku Hassanal bertitah, baginda memandang serius mengenai laporan berita yang tular di media sosial mengaitkan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan individu didakwa menyerang individu dikenali sebagai Alias Awang, menggunakan senjata tajam serta pistol sehingga mendatangkan kecederaan



“Justeru, saya menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

“Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan. Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” titah Tengku Hassanal dalam kenyataan media hari ini.

Sebuah portal secara dalam talian hari ini melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan, mendakwa diserang sekumpulan individu termasuk seorang kerabat Diraja Pahang.

Akibat serangan itu, mangsa dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.



Sehubungan itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan.

Katanya, kertas siasatan sebelum ini dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi dikembalikan untuk tindakan selanjutnya.

“Ketika ini kita sedang melengkapkan kertas siasatan seperti yang diarahkan sebelum dihantar semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” kata Yahaya. BH

Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker