Dakwaan kesilapan diplomatik PN – Siapa kunjung siapa?

Dakwaan kesilapan diplomatik PN – Siapa kunjung siapa?

PN didakwa melakukan kesilapan (faux pas) diplomatik berkaitan pertemuan dengan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon Selasa lalu.

Ia termasuk dakwaan membuat gambaran salah berkenaan siapa yang membuat kunjungan dalam pertemuan itu, selepas ketua pembangkang Hamzah Zainudin berkata dia “menerima” kunjungan hormat daripada Luxon.

Namun warganet mendakwa Hamzah sebenarnya yang membuat kunjungan terhadap Luxon, dan membangkitkan satu video di mana Luxon berkata “terima kasih kerana datang hari ini” kepada Hamzah.

Dalam video sama, Luxon juga berkata “anda (Hamzah) bawa kawan-kawan”, dengan sejumlah pihak menafsirkan ia bermaksud dia tidak menjangka Hamzah akan membawa pemimpin lain bersama dalam pertemuan itu.

Menjawab kritikan pertama, setiausaha sulit Hamzah, Ahmad Ikhwan Fadhli berkata Pesuruhjaya Tinggi New Zealand memaklumkan kepada Hamzah yang Luxon ingin berjumpa dengannya.

“Kalau kau nak expect perdana menteri New Zealand datang pejabat ketua pembangkang, memang kau dungu betul. Sifar diplomacy dan rasa hormat,” ciapnya di X.

Satu ciapan lain oleh Ikhwan semalam yang menggembar-gemburkan keputusan Luxon untuk berjumpa Hamzah turut dikritik.

Dalam ciapan itu, Ikhwan berkata pemimpin negara luar tetap mahu berjumpa pemimpin PN ekoran kewibawaan mereka, walaupun kini menjadi pembangkang.

Sejumlah warganet namun berkata ia amalan biasa orang kenamaan luar untuk berjumpa dengan pembangkang, dengan ada yang membangkitkan pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan pembangkang di India bulan lalu.

Semakan sepintas lalu Malaysiakini membayangkan Luxon mungkin ketua kerajaan luar pertama yang mengadakan pertemuan dengan pembangkang ketika kunjungan di Malaysia.

Sebelum ini, kunjungan hormat diplomatik kepada pembangkang, termasuk Anwar, dilakukan oleh menteri atau diplomat.

Pada 2014, Barack Obama yang ketika itu presiden Amerika Syarikat menolak untuk bertemu Anwar ketika kunjungan rasmi pertamanya di Malaysia.

Namun, pada 2015, Obama dilaporkan menggesa perdana menteri ketika itu, Najib Razak untuk membebaskan Anwar yang ketika itu dipenjara atas kes liwat. Mk

Dakwaan kesilapan diplomatik PN – Siapa kunjung siapa?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker