ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah

ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah memberi respon setelah namanya tercalon top 20 kategori Artis Paling Sensasi Popular, Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-36.

Ujar Shila, dia berasa hairan mengapa namanya tercalon sedangkan dia tidak mempunyai sebarang isu sensasi.



Saya masuk ABPBH tapi kategori artis paling sensasi. Benda tu pelik, faham tak, saya tak menciptakan isu yang sensasi.

Saya lebih rela anda undi selebriti lain seperti Bella Astillah, Ruhainies ke..saya tak nak terkenal sebagai artis sensasi, saya adalah penyanyi.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga meminta orang ramai untuk tidak mengundinya dalam kategori tersebut.

Tolong jangan undi saya, jangan. Saya tak tahu apa saya akan rasa sekiranya saya menang walaupun saya tahu tak akan menang.



Buat tak nampak je nama saya kat situ okay. Kalau lepas ni saya tercalon untuk penyanyi wanita baru undi.

Difahamkan, Shila telah tercalon dalam top 20 kategori Ekstra Tonton Paling Popular iaitu Artis Paling Sensasi termasuklah selebriti lain seperti Bella Astillah, Sophia Albarakbah, Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker