Yuna disenarai hitam di Kanada sebab pizza halal

Yuna disenarai hitam di Kanada sebab pizza halal

Nama penyanyi Yuna pernah disenarai hitam daripada memasuki negara Kanada gara-gara ingin pergi ke sebuah kedai makanan piza.

Kongsi Yuna dalam sebuah audio siar, insiden itu berlaku ketika dia bersama beberapa orang rakan ingin menikmati piza sebaik sahaja selesai membuat persembahan di Detroit, Amerika Syarikat (AS).



Katanya, waktu itu dia hanya mengikuti navigasi yang mengatakan restoran berkenaan menyediakan menu halal dan masih beroperasi pada pukul 1 pagi.

“Waktu itu kami sangat lapar dan cuba mencari restoran menggunakan navigasi di telefon Blackberry selepas membuat persembahan di Detroit. Waktu itu sudah lewat malam dan kami ingin makan piza. Kemudian kami dapat tahu masih ada sebuah kedai masih beroperasi.

“Mengetahui kedai tersebut halal, kami terus memandu dan selepas beberapa jam, kami melihat ada papan tanda mengatakan, anda kini sedang meninggalkan Amerika Syarikat.

“Kemudian kami melalui satu terowong dan tiba di kawasan sempadan Kanada-AS. Memang mengejutkan dan kami cuba terangkan kepada kakitangan di situ, tetapi malangnya tidak berjaya kerana tiada visa, walaupun kami bawa pasport,” katanya.



Pemilik nama lengkap Yunalis Mat Zara’ai, 38, itu memberitahu, kejadian itu telah menyebabkan namanya disenarai hitam negara tersebut.

“Untuk beberapa tahun saya disenarai hitam. Jadi, jika ingin membuat persembahan di Kanada, saya perlu melalui pemeriksaan yang sangat ketat (oleh imigresen).

“Malang sekali dalam kejadian itu kami tidak dapat makan piza,” jelasnya.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika awal dia memulakan kerjaya muzik di AS sekitar 14 tahun lalu. K Online



Yuna disenarai hitam di Kanada sebab pizza halal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker